Hi guys! Dalam post ini, saya akan share 8 Essential Oils Untuk Tidur Yang Lena Dan Ketenangan. So, kepada anda yang ada masalah tidur, tengah stress dan ingin berehat dengan lebih tenang teruskan membaca.

Rehat dan tidur sangat penting dalam kehidupn harian kita. Kebanyakan orang lebih fokus kepada kerja harian, senaman, penjagaan rumah, penjagaan anak-anak dan pelbagai lagi rutin harian yang lain.

Essential Oils Untuk Tidur Yang Lena

Tapi ramai yang tidak mempedulikan tidur dan rehat yang cukup. So, kenapa kita memerlukan rehat dan tidur yang cukup?

Kenapa Perlu Tidur Dan Rehat?

Merehatkan minda dan tubuh badan membantu menyegarkan tenaga dan menyeimbangkan kembali kekuatan dan kesihatan badan.

Essential oils boleh membantu menenangkan dan membantu anda berehat dengan lebih berkesan terutama ketika masa anda berhadapan dengan stress dan tekanan yang terlalu tinggi.

Tidur yang cukup baik untuk minda dan tubuh badan. Mengurangkan masa tidur anda akan membuatkan tubuh badan anda tidak cukup rehat dan kehilangan tenaga terlalu cepat.

Tahap stress juga akan meningkat jika tidur tidak cukup seterusnya membuatkan anda sukar berhadapan dengan situasi harian dan berfikir dengan lebih baik.

Essential Oils Untuk Tidur Yang Lena

Menggunakan essential oils melalui aromaterapi boleh membantu anda mengoptimumkan ketenangan, melegakan tekanan dan bangun lebih segar di waktu pagi.

Sama ada anda seorang pekerja atau berniaga sendiri, setiap orang pasti akan mempunyai masalah masing-masing.

Stress yang serius boleh mengganggu tidur malam anda. Apabila anda tidak dapat tidur, ia meningkatkan lagi tahap tekanan seterusnya mengganggu sistem imun anda menyebabkan anda mudah sakit dan terdedah kepada pelbagai penyakit yang bahaya.

Stress juga akan memberi kesan kepada kecantikan kulit, rambut dan kuku. Anda boleh melihat 6 kesannya di sini.

Essential oils boleh membantu anda untuk mendapatkan rehat dan tidur yang lena. Anda akan merasakan perubahan yang ketara ketika anda bangun esok hari.

Sesetengah orang berfikir kuantiti tidur itu sangat penting seperti mesti tidur 8 jam. Tapi sebenarnya kualiti tidur itu lebih penting untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Walaubagaimanapun tidur 6 jam itu lebih baik jika anda tidur lena berbanding tidur 8 jam yang tidak lena.

Essential oils juga membantu anda melupakan sejenak tekanan harian yang berlaku ditempat kerja.

Berehat tidak semestinya memerlukan anda untuk tidur, tetapi anda boleh bermeditasi atau berehat sambil mendengar muzik kegemaran anda.

Anda juga boleh menggunakan essential oil di pejabat. Ianya membantu anda menghadapi tekanan agar sentiasa tenang ketika bekerja.

8 Essential Oils Untuk Tidur Yang Lena Dan Ketenangan .

Antara 8 Essential Oils Untuk Tidur Yang Lena Dan Ketenangan ialah:

1. Lavender

Lavender essential oil adalah essential oil yang paling popular untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lena. Anda boleh letak beberapa titis di dalam diffuser atau spray di sarung bantal anda sebelum anda tidur.

Lavandula Angustifolia adalah lavender yang biasa digunakan dalam essential oil.

essential oil untuk rehat dan tidur yang lena

BELI DI SHOPEE

Lavender membantu memberi kesan kepada sistem saraf parasimpatetik. Bahagian saraf ini membantu mengawal kebimbangan, kadar denyutan jantung, kadar pernafasan dan rembesan hormon. Lavender membantu mengawalatur proses badan kepada keadaan neutral.

Lavender adalah essential oil yang bersifat universal. Ada banyak kelebihan lavender. Anda boleh baca post berkaitan lavender di 9 kebaikan  dan kegunaan lavender.

2. Ylang Ylang

Ylang Ylang mempunyai aroma sensual dan menenangkan. Bau eksotik ylang-ylang membantu tubuh badan anda terasa lebih relax. Biasanya aroma ylang-ylang sesuai untuk pasangan suami isteri di rumah atau ketika makan malam romantis.

3. Roman Chamomile

Roman Chamomile juga popular kerana baunya yang sangat menenagkan. Ia membantu anda merehatkan minda yang menghadapi tekanan.

Ia membantu emosi anda agar menjadi lebih stabil dan mengurangkan rasa marah agar berasa lebih tenang ketika menghadapi situasi yang tidak baik.

Jika anda menghadapi seseorang yang mudah marah, apakata cuba titiskan roman chamomile ke dalam diffuser dan pasang selama 30 minit.

essential oil for sleep

4. Neroli

Neroli membantu rmemulihkan tahap ketenangan, tenaga dan kekuatan keseluruhan anda.

Ia adalah tumbuhan eksotik yang mempunyai kesan mendalam pada aspek emosi minda anda.

Aroma neroli boleh memulihkan minda anda ke tahap tekanan yang lebih rendah dan meleraikan kemarahan dalam badan anda. Kerisauan akan berkurangan apabila essential oil ini digunakan di pejabat.

5. Vetiver

Vetiver ialah essential oil yang bagus untuk tidur dan boleh membantu memberikan tubuh anda tidur lena yang diperlukan.

Minyak vetiver biasanya digunakan untuk urutan. Selepas seharian berdiri di atas kaki anda, sapukan beberapa titis minyak Vetiver yang dicairkan dengan minyak pembawa ke kaki anda dan urut minyak sehingga meresap.

Essential Oils Untuk Tidur Yang Lena

Anda juga boleh titiskan Vetiver kedalam diffuser kira-kira 30 minit sebelum tidur untuk mendapat manfaat daripada kualitinya menenangkan.

Ia sesuai apabila anda mempunyai fikiran yang tertekan dan sedang bergelut untuk berehat.

Selain itu, Vetiver selamat untuk kanak-kanak kecil, yang mungkin juga mendapat manfaat daripada sedikit sokongan relaksasi pada waktu malam.

Anda boleh menambah satu atau dua setitik pada bola kapas dan letakkannya berhampiran bantal anda.

6. Bergamot / Orange / Mandarine

Buah-buahan sitrus seperti bergamot, oren dan mandarin adalah salah satu wangian yang menimbulkan rasa bahagia dan kegembiraan.

Bau sitrus yang kuat membuatkan anda berasa segar dan ia menenangkan emosi anda untuk memberikan anda perasaan euforia yang tenang.

Anda juga boleh menggabungkan bergamot dengan minyak lain untuk mencipta perasaan yang menyenangkan dengan keadaan santai yang membantu anda tidur dengan lebih lena.

7. Clary Sage

Clary sage ialah essential oil yang popular untuk melegakan anxiety anda dan ia membantu melegakan kebimbangan yang disebabkan oleh tekanan dan keadaan emosi yang terlalu aktif.

essential oil for sleep

Seperti beberapa minyak pati lain, ia disuling daripada daun tumbuhan yang diketahui dapat melegakan anda hanya dari bau aromatiknya.

8. Sandalwood

Sandalwood essential oil akan menenangkan anda supaya anda tidak lagi merasa seolah-olah masalah anda berada di bahu anda.

Ia membantu anda berehat dan mengawal emosi anda supaya anda boleh tidur sepanjang malam. Wangian cendana atau sandalwood ini sangat bagus untuk minda.

Anda boleh membeli essential oil secara berasingan, tetapi jika anda benar-benar ingin menikmati malam yang paling santai dalam hidup anda, gunakannya dalam kombinasi.

Gabungan minyak akan menjamin anda tidur nyenyak dan memberikan anda rasa segar pada waktu pagi.

Semua minyak ini akan membantu anda sepanjang hari walaupun digunakan secara individu. Ia juga boleh digunakan bersama untuk meningkatkan fungsi menghilangkan kesan emosi berat akibat tekanan dan ketegangan.

Mengurangkan perasaan negatif boleh membantu anda mengekalkan keseimbangan minda anda, dan ia merupakan faktor utama dalam menangani tekanan dan kemarahan.

Anda akan mendapati diri anda lebih produktif, dan anda akan mempunyai sikap mesra perkhidmatan pelanggan yang lebih baik.

Gunakan essential oil ini dalam kombinasi dengan minyak penghilang tekanan yang lain dan anda akan mendapati kehidupan anda menjadi lebih positif.

Anda boleh mendapatkan semua essential oil ini di Shopee.  Antara jenama essential oil yang saya gunakan ialah Therapy, Soap Cart, and Hiqili.

Tapi jika anda baru bermula anda mungkin boleh cuba jenama Hiqili. Klik link di bawah untuk terus mendapatkannya di Shopee.

plant therapy essential oils

BELI PLANT THERAPY DI SHOPEE

BELI HIQILI DI SHOPEE

So, itulah 8 Essential Oils Untuk Ketenangan Dan Tidur Yang Lena. Saya juga ada menulis tentang 6 essential oil untuk tenaga dan motivasi di sini. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi!

Have a great Day!

Alia